Dobi layan diri dibenar namun bersyarat, ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri
Astro Awani
Januari 14, 2021 18:29 MYT
Januari 14, 2021 18:29 MYT
KUALA LUMPUR: Hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menyaksikan seramai 389 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Berikut lima tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini:
1. Seramai 389 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP PKP pada Rabu.
2. PKPD di Penjara Kluang, Kuarters Penjara Kluang dan Dewan Arena Segitiga di Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor diisytiharkan tamat hari ini.
3. PKPD di Asrama Pekerja Kejora Juara, Bukit Pasir, Muar dilanjutkan dari 16 Januari sehingga 29 Januari.
4. PKPD di Asrama Pekerja Westlite 1 dan 2, Senai, Johor dilanjutkan bermula 16 Januari sehingga 29 Januari.
5. Kedai dobi layan diri dibenarkan beroperasi dengan syarat pemilik menempatkan pekerja untuk mengawal premis tersebut. Masa operasi 6 pagi hingga 8 malam.
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#Kota Tinggi
#SOP
#operasi
#kedai dobi layan diri