Doa ahli politik, netizen iringi pemergian #BombaHeroKami

Afiq Ariffin
Oktober 4, 2018 10:44 MYT
Majlis tahlil dan penghormatan terakhir yang berlangsung di Shah Alam. - Astro AWANI
Sedih dan tragis, itulah yang diluahkan oleh ahli politik dan netizen tanah air apabila mendengar berita pemergian enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selangor yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam semalam.
Turut meluahkan rasa simpati keatas pemergian anggota bomba berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melalui tweetnya yang sedih mendengar khabar tersebut.
“Saya bersedih mendengar berita enam hero Anggota Pasukan Penyelamat JBPM terkorban ketika dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong. Takziah kepada ahli keluarga hero-hero ini,” tweet Dr Wan Azizah menerusi akaun peribadinya.
[LAPOR LANGSUNG] #BombaHeroKami

Saya bersedih mendengar berita enam hero Anggota Pasukan Penyelamat JBPM terkorban ketika dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong. Takziah kepada ahli keluarga hero-hero ini.

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) October 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, SSyed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli politik yang lain juga turut bersimpati dan mendoakan kepemergian mangsa serta keluarga mangsa.

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un. Doa saya sentiasa bersama mereka dan keluarga. https://t.co/qZ4z8ULbYJ

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Let us honour their sacrifice. Sedia menyelamat. Al Fatihah. https://t.co/NZWTnz3urN

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Innalillah hi wa inna ilaihi rojiun. Heartbreaking tragedy for the courageous souls. Prayers for strength and perseverance to all the affected families #PutraPerdana https://t.co/xgNeaILgUz

— Nurul Izzah (@n_izzah) October 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga enam anggota bomba yang telah bertarung nyawa hingga ke akhirnya dalam operasi SAR semalam. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. Saya juga mendoakan semoga remaja terbabit ditemui dalam keadaan selamat. https://t.co/205ySblsEM

— Maszlee Malik (@maszlee) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Amat menyedihkan.Takziah kepada ahli keluarga. Keenam-enam anggota Bomba yamg terkorban memang wira negara. Al-Fatihah. https://t.co/FhLChD9sZ8

— Lim Guan Eng (@guanenglim) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selebriti tanah air juga turut meluahkan rasa sedih dan memberi penghormatan mereka di sosial media mereka. Penyanyi dan juga ahli bomba, Syafiq Farhain turut memuatnaik gambar keenam-enam anggota bomba itu sebagai "tribute" kepada mereka serta mendoakan pemergian mangsa.
Keenam-enam yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34 tahun; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32 tahun; Mazlan Omarbaki, 25 tahun, dan Yahya Ali, 24 tahun.
Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33 tahun, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun.
Semoga semua ahli keluarga mangsa terus tabah dengan pemergian keenam-enam anggota bomba tersebut.
#bomba #Dr Wan Azizah Wan Ismail #Instagram #lemas #Nora Danish #Siti Nurhaliza #Timbalan Perdana Menteri
;