Dituduh langgar SOP, Azmin maafkan Ummi Hafilda

Sinar Harian
Mei 15, 2021 07:00 MYT
Mohamed Azmin memaafkan tuduhan dibuat adiknya Ummi Hafilda Ali berhubung dakwaan beliau melanggar SOP PKP. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Sabtu memaafkan tuduhan dibuat oleh adiknya, Ummi Hafilda Ali berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurutnya, tidak ada apa yang perlu beliau simpan di dalam hati berhubung tuduhan dibuat itu.
“Saya membaca tuduhan yang dibuat oleh Ummi Hafilda.
"Sebagai abang, saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati.
“Mungkin beliau tidak mengetahui keadaan sebenar.
"Semoga Syawal ini lebih bermakna untuk kita semua. Eid Mubarak,” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial Ummi Hafilda mendakwa ahli keluarga Azmin telah merentas daerah dan menghadiri perjumpaan untuk sambutan hari raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dilaporkan berkata, siasatan awal terhadap dakwaan bahawa keluarga Azmin melanggar SOP PKP mendapati, semua individu terbabit mendiami kediaman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Presint 10, Putrajaya.
Artikel asal di Sinar Harian: Dituduh langgar SOP, Azmin maafkan Ummi Hafilda
#Azmin Ali #Ummi Hafilda #langgar SOP #PKP #Hari Raya Aidilfitri #perintah kawalan pergerakan #Aidilfitri #media sosial #Mohd Fadzil Ali
;