Diskaun tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA, SILK sempena Deepavali

Bernama
Oktober 11, 2017 07:21 MYT
Lebih 300,000 pengguna lebuh raya PROLINTAS dijangka bakal menikmati faedah diskaun itu. - Gambar hiasan
Pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus bersempena perayaan Deepavali.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata diskaun tol itu akan bermula dari 6 pagi 18 Okt hingga 6 pagi 19 Okt untuk kenderaan kelas 1 sahaja.
"Tawaran diskaun ini diharap dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung pengguna lebuh raya, terutamanya bagi yang merayakan Deepavali," katanya.
Lebih 300,000 pengguna lebuh raya PROLINTAS dijangka bakal menikmati faedah itu, kata beliau.
-- BERNAMA
#Deepavali #diskaun #lebuh raya #Mohammad Azlan Abdullah #pengguna #PROLINTAS #tol
;