Diskaun, rebat tol sehingga 37.5 peratus sempena Krismas

Bernama
Disember 22, 2012 00:47 MYT
Pengguna lebuh raya dapat diskaun
Sejumlah 24 syarikat konsensi lebuh raya bersetuju memberi diskaun, rebat tol antara tiga hingga 37.5 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Krismas 25 Disember ini.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh berkata kira-kira dua juta kenderaan dijangka melalui lebuh raya semasa cuti perayaan itu.
"Ia bagi menyambut seruan kerajaan agar syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
#cuti krismas #Datuk Ismail Md. Salleh #diskaun #pengguna lebuh raya #rebat tol