Diskaun 10 peratus lebuhraya SMART, MEX sempena Tahun Baru Cina

Ili Hadri Khalil
Februari 6, 2018 12:01 MYT
Kadar tol RM3 yang dikenakan pada para pengguna kebiasaannya turun pada harga diskaun 10 peratus iaitu RM2.70 bagi setiap hala keluar dan masuk ke ibu negara. - Gambar fail
Diskaun 10 peratus diberikan kepada pengguna lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) dan Maju Expressway Sdn Bhd (MEX) sempena sambutan Tahun Baru Cina, bermula 6 pagi 10 Feb hingga 6 pagi 11 Feb ini.
Kadar tol RM3 yang dikenakan pada para pengguna kebiasaannya turun pada harga diskaun 10 peratus iaitu RM2.70 bagi setiap hala keluar dan masuk ke ibu negara.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART, Sharifah Alauyah Wan Othman berkata: "Diskaun tol yang diberikan tahun ini istimewa kerana lebih awal berbanding tahun sebelumnya sebagai tanda keprihatinan kami kepada pengguna lebuhraya."
Beliau berharap diskaun yang diberikan ini dapat membantu para pengguna untuk membeli-belah di pusat bandar sebagai persiapan menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.
Diskaun tol 10 peratus pula diberikan pada semua kelas pengguna lebuhraya MEX bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 malam sempena Tahun Baru Cina.
"Dianggarkan lebih 96,000 kenderaan bakal menikmati diskaun ini," kata syarikat itu.
#diskaun tol #lebuhraya #mex #perayaan #Smart Tunnel #Tahun Baru Cina #toll discount
;