Disangka hilang, rupanya salah naik bas sekolah

Afiezy Azaman
Januari 4, 2019 15:54 MYT
murid ini salah naik bas semasa pulang dari sekolah. Sepatutnya naik bas Milah 1, tetapi naik bas Milah 2 - FotoAstroAWANI
Disangkakan hilang, rupanya salah naik bas sekolah. Itulah yang terjadi kepada seorang murid tahun satu yang didakwa hilang sewaktu sesi persekolahan hari kedua pada petang, Khamis.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari yang pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
"Namun, berdasarkan maklumat yang diterima, murid ini salah naik bas semasa pulang dari sekolah. Sepatutnya naik bas Milah 1, tetapi naik bas Milah 2.
"Ibu bapanya ke sekolah untuk mencari anak selepas tidak pulang. Namun pemilik bas hubungi guru makluman murid berkenaan salah naik bas dan akan menghantar dia (murid) pulang ke rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Semalam, terdapat mesej tular di media sosial mengenai kehilangan seorang murid tahun satu Fudzla Suraya Muhammad Fairul.
#bas #hilang #polis #sekolah #Subang Jaya
;