Diplomat asing lawat ESSCOM

Ridzal Abdullah
Januari 27, 2015 14:33 MYT
ESSCOM diwujudkan pada 1April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama. - Gambar Fail
Sejumlah 27 diplomat kedutaan asing yang bertugas di Kuala Lumpur semalam melawat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dipertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
Ketibaan delegasi Perdana Menteri Datuk Abdul Shakor Abu bakar itu disambut Timbalan Komander ESSCOM Brig Jen Subari Tomo dan pegasi yang diketuai Pegawai Perhubungan Antarabangsa Bahagian Penyelidikan, Jabatan awai-pegawai kanan ESSCOM.
Rombongan itu kemudian diberi taklimat mengenai perkembangan terkini keselamatan di ESSZONE yang merangkumi perancangan serta strategi terkini ESSCOM dalam menangani jenayah rentas sempadan termasuk kes penyeludupan, penculikan dan isu pendatang Tanpa Izin (PATI) yang disampaikan Timbalan Ketua Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP), Kol Mas’od Muhammad.
Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan dan Khidmat Awam ESSCOM Wan Khalid Wan Kamal dan Komander Komponen Darat SAC Junaid Zakaria.
Rombongan itu kemudian diberi taklimat mengenai perkembangan terkini keselamatan di Esszone yang merangkumi perancangan serta strategi ESSCOM dalam menangani jenayah rentas sempadan termasuk kes penyeludupan, penculikan dan isu pendatang asing tanpa izin yang disampaikan Timbalan Ketua Pusat Operasi Esscom (Pusop), Kol Mas’od Muhammad.
Delegasi itu turut diraikan dalam satu majlis makan malam yang dihoskan Komander ESSCOM DCP Dato’ Abdul Rashid Harun di Kompleks Pangkalan Polis Marin Lahad Datu.
Hari ini, delegasi itu dibawa melawat ke pos kawalan Pasukan Gerakan Am di Pulau Mabul, Semporna.
ESSCOM diwujudkan pada 1April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama.
ESSZONE meliputi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat hingga ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu
#abdul shakor abu bakar #diplomat #ESSCom #pati
;