Dipercayai tertekan, remaja dituduh bunuh Ah Long

Adie Sufian Zulkefli
Disember 20, 2017 14:22 MYT
Muhammad Amirul (kanan) diiringi pegawai polis ketika di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini. - Astro AWANI
Seorang penjual ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah kerana tuduhan membunuh seorang pemberi pinjaman wang tidak berlesen (Ah Long), awal bulan ini.
Tertuduh, Muhammad Amirul Khairol, 19 tahun, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Farid Abd Latif.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Liu Chee Wei, 25 tahun, di Taman Arked di sini antara 2.30 hingga 3.30 petang, 4 Dis lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan 21 Feb depan sebagai tarikh sebutan kes bagi laporan bedah siasat.
Sebelum ini, tertuduh dikatakan tertekan apabila gagal menjelaskan hutangnya sebanyak RM2,000 dan bertindak menikam dada kiri mangsa sehingga mati.
Tertuduh dikatakan perlu membabayar RM26 setiap hari untuk menjelaskan hutang.
BACA: Kes tikam Sungai Petani, remaja ditangkap
BACA: Lelaki maut ditikam di dada, kereta dibakar
#along #bunuh #mahkamah #Mahkamah Majistret #mati #pengutip hutang #penjual ikan #Sungai Petani
;