Dipenjara 15 tahun, 10 sebatan rogol anak tiri
Muhafandi Muhamad
Mac 19, 2019 19:05 MYT
Mac 19, 2019 19:05 MYT
Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini kerana merogol anak tirinya 4 tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 37 tahun telah merogol anak tirinya yang ketika itu berumur 12 tahun di Guchil Lama, daerah Kuala Krai, pada April 2016 jam 4 petang.
Tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 8 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan.
Tertuduh yang diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri memohon hukuman ringan kerana kesalahan itu merupakan kesalahan kali pertama tertuduh selain memohon mahkmamah mengambil kira anak tertuduh yang kini berada di hospital kerana sakit.
Bagaimanapun, timbalan pendakwaraya,Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli, memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara yang berat kerana kesalahan yang dilakukan serius kerana faktor hubungan kekeluargaan yang dekat sebagai ayah tiri tertuduh.
Mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap 24 Jun 2018.
#Guchil Lama
#hukuman penjara 15 tahun
#lelaki warga Indonesia
#Mahkamah Sesyen Kota Bharu
#rogol anak tiri
#Seksyen 376 3 Kanun Keseksaan