Dinosaur di Malaysia: Ada yang percaya ada yang tidak
Azyyati Ahmad
Februari 19, 2014 14:32 MYT
Februari 19, 2014 14:32 MYT
Berita penemuan pertama fosil gigi Dinosaur oleh ahli paleontologi dari Universiti Malaya dan Universiti Jepun mengundang tanda tanya di kalangan pembaca Astro AWANI.
Persoalan apakah benar wujud haiwan gergasi ini di Malaysia menjadi topik utama di media sosial, malah ada juga yang mentertawakan penemuan tersebut.
Tidak kurang juga ramai yang sangsi tentang kesahihan penemuan itu.
Namun ada juga yang kagum dengan kejayaan ahli paleomtologi di atas penemuan ulung ini.
Walaubagaimanapun menurut Ketua penyelidik Jepun Dr Masatoshi Sone dari Universiti Malaya, fosil gigi yang dijumpai di luar bandar Pahang itu adalah dipercayai milik dinosaur jenis Spinosaurid.
Spinosaurid adalah jenis dinosaur karnivor dan memakan ikan.
Kajian luas akan diteruskan oleh para penyelidik kerana dipercayai fosil dinosaur yang lain masih kekal di Malaysia.