Dilahirkan berbeza, bukan halangan Zy tawan pelbagai cabaran
Farhana Joni
September 14, 2020 10:00 MYT
September 14, 2020 10:00 MYT
SEORANG remaja 14 tahun dari Pulau Pinang mencuri tumpuan dunia dengan kejayaannya mengatasi pelbagai cabaran dalam keadaan cukup sukar.
Dikurniakan kaki kiri dengan tiga jari dan separuh kaki kanan, namun siapa sangka remaja ini berupaya mendaki Gunung Kinabalu dan beberapa gunung lain.
Segalanya bermula apabila ayah Zy bertegas dan mahu 'lebih' sesuatu yang lebih daripada anak lelakinya itu.
"Anak saya bukan OKU. Dia mungkin berlainan tapi dia bukan tidak berkemampuan," katanya.
Susulan itu, Zy dimasukkan ke sekolah harian biasa iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling bagi membolehkan anak lelakinya itu belajar dengan pelajar normal lain.
Bahkan, ayahnya tidak membenarkan anaknya yang berusia 14 tahun itu menggunakan kerusi roda sebaliknya menyediakan kaki palsu dan kasut supaya Zy boleh berjalan dan bercakap dengan orang lain tanpa perlu mendongak.
"Bagaimanapun saya mahu pergi setapak ke hadapan bagi memastikan hidupnya luar biasa!" kata ayahnya.
Zy didukung di bahagian belakang badannya ketika mendaki Gunung Kinabalu dan beberapa gunung lain bersamanya.
Zy turut menitipkan mesej kepada seluruh dunia: "Semua orang mempunyai cabaran masing-masing, dan cabaran yang dihadapi saya adalah dilahirkan sebegini.
"Jika saya boleh mengatasi cabaran ini, sudah tentu anda boleh mengatasi apa sahaja."
#14 tahun
#Gunung Kinabalu
#Kelainan
#OKU
#pulau pinang
#remaja
#Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling
#ZY