KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung dakwaan kelulusan projek tebatan banjir dilakukan selepas pembubaran Parlimen.
Menurut Tuan Ibrahim, Mohd Rafizi yang mengadakan sidang media semalam kononnya bertujuan menjawab tuntutan yang dikemukakan olehnya sebelum ini dan memberi bukti kukuh berkenaan dakwaan itu, namun hanya membuat tuduhan palsu serta penyelewengan fakta berniat jahat untuk menjatuhkan reputasinya.
Beliau berkata pada sidang media tersebut, Mohd Rafizi menyatakan surat bertarikh 7 Okt 2022 dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk memaklumkan keputusan Menteri Kewangan meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn Bhd.
"Berdasarkan kepada surat tersebut, adalah jelas bahawa kelulusan tersebut bukanlah dibuat oleh saya ataupun KASA. Surat tersebut dikeluarkan pada 7 Okt 2022, sebelum Parlimen dibubarkan dan bukan semasa tempoh kerajaan sementara," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Justeru, Tuan Ibrahim berkata Mohd Rafizi gagal sama sekali mendedahkan bukti keterlibatan dirinya dalam kelulusan projek termasuk usahanya atau KASA untuk menganugerahkan projek tersebut ketika kerajaan sementara.
Tuan Ibrahim berkata beliau telah menyatakan dengan jelas bahawa dirinya tidak pernah berjumpa, berunding atau membuat apa-apa tindakan semasa tempoh kerajaan sementara ke arah menganugerahkan projek tersebut.
"Oleh yang demikian, terbukti dengan jelas bahawa kenyataan-kenyataan Mohd Rafizi termasuk sidang media semalam adalah satu fitnah jahat bagi menghancurkan reputasi saya khususnya dan juga parti Pas umumnya," katanya yang juga Timbalan Presiden Pas.
BACA: Projek tebatan banjir: SPRM semak dakwaan Rafizi
BACA: PRU15: Rafizi dedah surat didakwa bukti kelulusan projek RM2 bilion secara rundingan terus
Semalam, media melaporkan Mohd Rafizi dituntut mengemukakan permohonan maaf dan mencadangkan ganti rugi yang perlu dibayar kepada Tuan Ibrahim kerana didakwa memfitnah berhubung dakwaan kelulusan projek berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan Mohd Rafizi mendakwa KASA dalam proses menganugerahkan projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus ketika kerajaan semasa sudah dibubarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi Ramli berhubung dakwaan kelulusan projek tebatan banjir dilakukan selepas pembubaran Parlimen. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Usaha pencarian MH370, kaedah penentuan golongan T15 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Sidang juga akan membincangkan keberkesanan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel yang diusahakan melalui Budi MADANI.

Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sempurnakan projek tangani banjir demi kebaikan rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah projek menangani banjir perlu disempurnakan segera demi kebaikan rakyat.

Segerakan projek tebatan banjir di Pahang, jangan politikkan - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya kerajaan menyegerakan projek tebatan banjir yang telah dirancang di Pahang dan jangan mempolitikkan usaha itu.

Che'gu Bard gesa siasat dakwaan rasuah tebatan banjir RM16 bilion
Chegu Bard menggesa siasatan dijalankan berhubung dakwaan kes rasuah rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion.

RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.

Belanjawan 2024: 33 projek tebatan banjir dilaksana, kos RM11.8 bilion
24 projek dijangka dikeluarkan tahun ini bermula Oktober tahun ini melibatkan kos keseluruhan RM5.1 bilion, manakala bakinya akan dikeluarkan SST pada suku tahun pertama 2024.

Projek tebatan banjir LLM ditangguhkan seketika - MB
Kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kolam takungan bagi menampung limpahan air apabila berlaku hujan lebat terutama di Bukit Raja.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Projek tebatan banjir dipercepat melalui 'fast track' tender - Anwar
Kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah 'fast track' atau pantas dalam kelulusan tender meskipun diperkenalkan sistem tender terhad.