#DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan

Farhana Joni
Jun 8, 2021 20:20 MYT
Perubahan drastik akibat COVID-19 perlu dilakukan untuk meneruskan kehidupan. - Gambar Astro AWANI
DI SEBALIK pelbagai kesan buruk akibat COVID-19, sebenarnya terdapat banyak pengajaran boleh diambil daripada pandemik ini.
Ada yang sebelum ini memiliki pekerjaan telah diberhentikan dan ada juga yang sebelum ini menjalankan perniagaan secara konversional kini perlu menelaah kaedah baharu berniaga dalam talian.
Sumber Facebook astroawani
Bahkan ada juga yang masih memiliki pekerjaan tetapi bayaran gaji dipotong atas beberapa sebab.

#DiariLockdown/ Hari Ke-8 Sebelum ini makan gaji, kerana COVID-19 akhirnya diberhentikan dan perlu cari rezeki sendiri Sebelum ini berniaga di kedai, kerana PKP terpaksa membuat jualan dalam talian internet Siapa ada pengalaman seperti di atas, kongsilah kisah anda#AWANInews pic.twitter.com/I4h4MjKIsM

— Astro AWANI (@501Awani) June 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, daripada ujian-ujian tersebut tersembunyi perkara positif iaitu keupayaan masing-masing untuk bangkit kembali dan berdikari bagi meneruskan kehidupan.
Pandemik COVID-19 ini ibarat badai yang cukup memeritkan untuk semua golongan, moga segalanya dapat berakhir dengan segera.
Usaha semua pihak amat penting dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar kes jangkitan berkurangan.
#pandemik #COVID-19 #peniaga #Pekerja #penganggur #kesan #pengajaran #Kerja tetap
;