'Dialog Tiga Penjuru' kupas isu Pelan Pemulihan Negara di Astro AWANI malam ini
Astro Awani
Jun 17, 2021 16:32 MYT
Jun 17, 2021 16:32 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID-19.
Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan PM Muhyiddin itu berlandaskan kepada data yang bersandarkan kepada tiga indikator ambang utama untuk beralih daripada satu fasa ke fasa seterusnya.
Mampukah negara benar-benar menyelesaikan kemelut yang timbul akibat COVID-19 dengan pelan pemulihan itu? Masihkah ada ruang untuk penambahbaikan yang mungkin sebelum ini terlepas pandang?
“Semua rakyat mahukan agar perkara penting, perkara pokok berkenaan dengan masalah rakyat, masalah pandemik, ekonomi rakyat,” Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, jatuhnya sebuah kerajan itu, ia bukan dari pembangkang tetapi disebabkan keretakan dalaman.
“Kita lihat umpamanya pengalaman Pakatan Harapan sendiri, kita jatuh bukannya sebab pembangkang,” ujarnya.
Demikian antara hujah dan kenyataan dalam diskusi Dialog Tiga Penjuru (Episod 11), bertajuk 'Formula Pemulihan Negara'.
Perincian lanjut akan dibincangkan dalam dialog tersebut yang turut menampilkan Peguambela dan Peguamcara, Datuk Sallehuddin Saidin yang akan disiarkan malam ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tonton dialog ini di saluran 501 Astro AWANI dan astro.awani.com pada Khamis (17Jun) jam 8.30 malam.
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#PM
#dialog
#Astro Awani
#Pakatan Harapan
#PH
#DAP
#Bersatu
#PPBM
#Ahmad Faizal Azumu
#Anthony Loke
#ekonomi
#pembangkang
#kerajaan
#Parlimen
#COVID-19
#pandemik