Dialog Tiga Penjuru: Formula Pemulihan Negara 8.30 malam esok di Astro AWANI

Astro Awani
Jun 16, 2021 10:03 MYT
Apakah mungkin bentuk formula terbaik untuk Malaysia pulih dan kembali sejahtera? - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia kini sedang mencari jalan keluar daripada cabaran kesihatan, ekonomi, sosial dan politik dalam memerangi pandemik COVID-19.
Bagi mencari jalan penyelesaian, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan pemimpin politik negara dan Raja-Raja Melayu untuk menghadap Baginda di Istana Negara, di ibu negara sejak minggu lalu.
Apakah mungkin bentuk formula terbaik untuk Malaysia pulih dan kembali sejahtera?
LAPOR LANGSUNG: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu selesai
Dialog Tiga Penjuru bersama Ahli Parlimen Tambun merangkap Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Peguam Bela dan Peguam Cara, Datuk Salehuddin Saidin; dan Ahli Parlimen Seremban merangkap Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Esok jam 8.30 malam, hanya di Saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
#Dialog Tiga Penjuru #Yang di-Pertuan Agong #COVID-19 #Al-Sultan Abdullah #Parlimen #Anthony Loke #Salehuddin Saidin #Ahmad Faizal Azumu