Dialog antara agama penting untuk menangani salah faham - Dr Juanda
Astro Awani
Januari 17, 2014 20:45 MYT
Januari 17, 2014 20:45 MYT
Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya menegaskan setiap individu wajar mempertahankan nilai-nilai harmoni dalam kalangan rakyat.
Nilai itu menurut beliau akan mengelakkan perbezaan agama menjadi pertikaian kalangan mereka.
Tambah beliau, jalan terbaik menangani salah faham dalam pengertian agama Islam, adalah dengan mengadakan dialog antara agama.