'Dia saja sabotaj, kerana tak puas hati air kosong lambat sampai'

Sinar Harian
Februari 9, 2019 21:18 MYT
Shamsuria Ramli, 43, mendakwa, pelanggan yang memiliki sebuah akaun Facebook telah melemparkan tuduhan kononnya lidi dan kuah sate yang telah digunakan pelanggan diguna semula oleh kedainya. - Foto Sinar Harian
Pengusaha sebuah kedai sate di pekan Jabi di sini menafikan pihaknya mengitar semula lidi dan kuah seperti mana yang didakwa oleh seorang pemilik akaun Facebook menerusi laman sosial tersebut pada Khamis lepas.
Shamsuria Ramli, 43, mendakwa, pelanggan yang memiliki sebuah akaun Facebook telah melemparkan tuduhan kononnya lidi dan kuah sate yang telah digunakan pelanggan diguna semula oleh kedainya.
Menurutnya, pemilik akaun tersebut yang mendakwa pernah pergi makan di kedainya turut mendakwa kedainya kotor.
“Dia memang tidak tulis nama kedai saya secara langsung tetapi hanya kedai saya yang pekerjanya memakai baju hijau dan terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi seperti yang ditulisnya.
“Semua dakwaan tersebut tidak benar dan ia berunsur fitnah dengan tujuan tertentu termasuk kemungkinan untuk sabotaj kedai saya atau tidak puas hati kerana air kosong yang dipesannya ketika makan di kedai saya lambat sampai,” katanya.
BACA: 3 cendol durian RM114: 'Terima kasih tolong promosi'
#air #Facebook #fitnah #jabi #kuah sate #laman sosial #sekolah
;