Di sebalik perkembangan baik kes COVID-19, kes demam denggi pula merisaukan
Astro Awani
Jun 8, 2020 18:26 MYT
Jun 8, 2020 18:26 MYT
Di sebalik perkembangan baik mengenai kes COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kerisauan berhubung peningkatan kes demam denggi di negara ini.
Di sebalik perkembangan baik mengenai kes COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kerisauan berhubung peningkatan kes demam denggi di negara ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan kes demam denggi gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September ini iaitu berdasarkan tren kes demam denggi selama 5 tahun.
Berdasarkan siasatan awal terhadap 84 kes kematian demam denggi dalam tahun ini, didapati 11 peratus telah lewat mendapatkan rawatan iaitu tiga hari selepas bermulanya gejala.
"Sejak enam minggu yang lepas didapati kes demam denggi mulai menunjukkan tren peningkatan secara berterusan; iaitu dengan purata peningkatan sebanyak lapan (8) peratus setiap minggu. Sepanjang tempoh yang sama bagi tahun ini juga, 84 kematian kes denggi telah dilaporkan berbanding 83 kes pada tahun 2019," katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.
Dari bulan Januari 2020 hingga 6 Jun 2020, terdapat 48,584 kes demam denggi yang telah dilaporkan berbanding 54,524 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 iaitu penurunan sebanyak 11 peratus.
"Tren penurunan kes demam denggi ini turut dilihat di kebanyakan negara ASEAN yang lain," ujarnya.
Sehubungan itu, orang ramai diseru supaya mempertingkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing terutamanya di mana takungan air dan tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk.
Tindakan pencegahan perlu diambil selaras dengan norma dan kelaziman baharu bagi mengekang penularan kes Demam Denggi, misalnya:
- Pemilik premis perlu membuat pembersihan di dalam dan di luar premis masing-masing setiap minggu;
#air
#ASEAN
#denggi
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#penjarakan sosial
#perintah kawalan pergerakan
#siasatan