Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz

Umavathi Ramayah
Disember 16, 2020 03:51 MYT
Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengerusi DBP yang pertama. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menelusuri sejarah figura ilmuan hebat bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, tentunya Allahyarham dilihat sebagai antara cendekiawan tersohor negara yang menjadi insprirasi kepada generasi muda.
Berikut adalah antara ringkasan latar belakang dan sumbangan Allahyarham kepada masyarakat sepanjang hayatnya:
  • Allahyarham merupakan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang pertama dan paling lama berkhidmat.
  • Sepanjang hayatnya, Allahyarham menulis lebih daripada 50 buah buku mengenai isu ekonomi dan sosial.
  • Allahyarham yang merupakan keturunan kerabat Diraja Johor adalah satu-satunya anak Melayu yang diberikan gelaran Profesor Diraja oleh Agong.
  • Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz adalah bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
  • Allahyarham terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang pertama.
  • BACA: Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
    BACA: PM, kerajaan zahir ucapan takziah
    BACA: Pemergian Prof Ungku Aziz dirasai pelbagai pihak
    BACA: Pemergian Prof Ungku Abdul Aziz kehilangan besar buat warga koperasi - Angkasa
    #Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz #Dewan Bahasa dan Pustaka #universiti malaya #Kerabat diraja Johor #Profesor Diraja