Di mana kita wajib pakai pelitup muka?
Fareez Azman
Ogos 3, 2020 15:49 MYT
Ogos 3, 2020 15:49 MYT
Sejak pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos lalu, dengan penguatkuasaan yang membolehkan seseorang itu didenda RM1,000 jika tidak mematuhinya, timbul juga tanda tanya khusus tentang lokasi dan situasi tertentu.
Dalam sidang media berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini (Isnin (3 Ogos), sedikit sebanyak persoalan berkenaan diperincikan.
Ismail Sabri memberitahu, bermula 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan apabila seseorang itu berada dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak.
"Antara tempat-tempat awam yang sesak adalah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya. Tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang juga telah ditetapkan sebagai tempat awam yang sesak," jelas beliau.
Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan sendiri.
Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah.
Ingat pada situasi berikut:
- Wajib pakai di tempat awam yang sesak, jika kawasan tersebut tidak sesak, maka tidak diwajibkan (contohnya, jika di lokasi terbuka yang tiada kehadiran orang lain)
#COVID-19
#denda
#ismail sabri yaakob
#jangkitan
#pelitup muka
#penjaralan fizikal
#penutup hidung dan mulut
#SOP
#topeng muka