Dhiya Azzahra sudah pulang ke rumah dengan selamat

Sinar Harian
Disember 9, 2024 12:45 MYT
Sebelum ini dilaporkan polis sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang hilang sejak keluar dari sebuah rumah di Seksyen U3 pada Sabtu. - Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak keluar dari sebuah rumah di Seksyen U3, di sini telah pulang dalam keadaan selamat pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi,12, telah selamat pulang ke rumah pada jam 10.45 malam.
"Polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang individu berkaitan kehilangan anaknya kira-kira jam 7.40 petang pada Sabtu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini dilaporkan polis sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak keluar dari sebuah rumah beralamat di Jalan Dinar F U3/F, Seksyen U3, Shah Alam kira-kira jam 9 pagi pada Sabtu. -- Sinar Harian
#kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang #Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi #Sungai Buloh #selamat pulang
;