Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan
Astro Awani
Julai 30, 2020 12:10 MYT
Julai 30, 2020 12:10 MYT
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Dalam satu sidang media khas pada Khamis, Mohd Shafie menjelaskan, pembubaran DUN Sabah itu telah mendapat perakuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Beliau berkata, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam jangka masa 60 hari dan beliau akan terus menjadi Ketua Menteri Sabah sementara (caretaker).
"Pagi tadi saya bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin memperakukan untuk membubar DUN.
"Walaupun Dewan Undangan Negeri dibubarkan, saya masih 'care-taker' dalam tempoh 60 hari. Sampai waktu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mari kita undi. Pilihan kena tepat sama ada pilih si (Tan Sri) Musa Aman, (Datuk Seri) Bung Moktar, (Datuk Seri) Hajiji atau Shafie Apdal," katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.
#Dewan Undangan Negeri
#DUN Sabah dibubarkan
#Ketua Menteri
#Musa Aman
#Politik Sabah
#Sabah
#Shafie Apdal