Dewan Rakyat luluskan SOSMA 2015 tanpa pindaan

Haider Yutim
April 8, 2015 20:51 MYT
Akta itu diluluskan tanpa pindaan selepas dibahaskan lebih lima jam.
Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015 atau SOSMA.
Akta berkenaan diluluskan tanpa pindaan selepas dibahaskan lebih lima jam oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Semasa perbahasan, pihak pembangkang telah mengusulkan supaya empat fasal dipinda termasuk mencadangkan untuk menggugurkan seksyen baru iaitu Seksyen 18 (B) yang menyentuh mengenai komunikasi suami isteri.
Usul itu bagaimanapun gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti.
Isnin lalu, kerajaan telah membentangkan tujuh RUU merangkumi dua akta baharu serta lima pindaan terhadap undang-undang sedia ada.
Ia adalah bertujuan bagi membendung aktiviti jenayah di negara ini.
Dua akta baharu yang dibentangkan itu ialah RUU Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan RUU Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.
#Akta Kesalahan Keselamatan #Dewan Rakyat #Parlimen #RUU #SOSMA
;