KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 dan RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024.
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying setelah jawatankuasa mempertimbangkan usul dicadangkan itu tanpa sebarang pindaan.
Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan membentangkan RUU Cukai Pendapatan tersebut yang bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53).
Pindaan itu melibatkan fasal 1 hingga fasal 9 bagi melaksanakan pindaan bersifat penambahbaikan terhadap dasar serta pentadbiran cukai.
Antaranya fasal 2 bertujuan untuk menggantikan takrif 'capital asset' dalam subseksyen 2(1) Akta 53 dan fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 15c Akta 53, bertujuan untuk menjelaskan bahawa pelupusan syer dalam syarikat terkawal.
Pindaan melibatkan Seksyen 2, 3, 4, 8 dan 9 akan mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta itu manakala Seksyen 5 dan 6 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2024 dan Seksyen 7 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2024 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Lim berkata hasrat pelaksanaan cukai keuntungan modal adalah untuk memperluas asas cukai serta selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
Selain itu, pelaksanaan cukai keuntungan modal juga penting untuk menyokong satu reformasi percukaian secara adil dan saksama selaras dengan aspirasi berhubung prinsip keadilan sosial yang menjadi tonggak kerajaan MADANI, katanya.
Sementara itu, RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 pula bertujuan meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445), yang melibatkan dua fasal.
Pindaan iu disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2024.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan manakala fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 22DA(6) Akta 445 untuk menghendaki penyedia platform perdagangan elektronik untuk mengeluarkan invois bil kendiri mengikut syarat dan spesifikasi sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Kedua-dua RUU itu tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Lim setelah jawatankuasa mempertimbangkan usul dicadangkan itu tanpa sebarang pindaan. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
LHDN sekat perjalanan lebih 200,000 individu, pengarah syarikat
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 November lepas.
Perunding kecantikan rugi lebih RM480,000 terperdaya 'job scam' dalam talian
Seorang perunding kecantikan mengalami kerugian RM485,100 selepas mendakwa terperdaya dengan penipuan pekerjaan atau 'job scam' dalam talian, pada Julai lepas.
Pilihan Raya UK: Parti Buruh diramal tewaskan Parti Konservatif pimpinan Sunak
Ramalan itu menganggarkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif.
Gagal kemuka cukai pendapatan, bekas pengarah syarikat didenda RM8,000, penalti lebih RM200,000
Seorang bekas pengarah syarikat perunding kontrak didenda RM8,000 dan dikenakan penalti RM229,926.36 oleh Mahkamah Majistret.
LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT
Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikena kenaikan cukai.
Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak LHDN diketahui September
Keputusan sama ada waris perlu membayar tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia akan diketahui selewat-lewatnya September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Mente
Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat
Penduduk Switzerland pada Ahad meluluskan pengenalan kadar cukai minimum 15 peratus terhadap syarikat multinasional besar, lapor Sputnik.
Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai: LHDN
Yang sudah berlalu tidak mengapa, lapor saja apa yang diketahui dan LHDN terima secara baik.
Kerahsiaan data pembayar cukai di MyTax selamat dan terjamin - LHDN
Kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.
Belanjawan 2023: Penurunan kadar cukai pendapatan individu beri lebihan duit poket - Ahmad Zahid
Macam-macam boleh dibuat dengan lebihan hingga RM1,300 walaupun bukan dalam bentuk tunai.