Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Umavathi Ramayah
Mac 19, 2024 15:43 MYT
Mac 19, 2024 15:43 MYT
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika hari ini apabila sesi penggulungan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai Rang Undang-undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Hamzah mempersoalkan status quo Perdana Menteri dalam RUU itu yang dilihat memberi kuasa berlebihan.
Hamzah: Cuma yang kita minta hanyalah satu fasal power to exam itu sahaja. Yang kita mahu check and balance. Yang penting hari ini, kita hendak pastikan ada check and balance jika mahu memberi contoh kepada dunia luar.
Kita tidak mahu perkara yang boleh menyebabkan kedaulatan negara dipersoalkan lain kali. Kalau berlaku seorang perdana menteri yang ada perkara-perkara yang boleh menyebabkan the super power 'picit' dia.
Azalina: Yang Berhormat, bulan puasa ini nak picit apa Yang Berhormat?
Hamzah: Squeeze. Jadi dengan power to exam ini dia boleh menggunakan kuasa ini.
Azalina: Yang Berhormat cakap pasal kedaulatan. (Ahli Parlimen) Kota Bharu cakap pasal kedaulatan. Saya kata kedaulatan tak ada dalam isu. Kedaulatan dalam Akta MKN.
Hamzah: Saya tak cakap pasal kedaulatan, yang boleh mengakibatkan kedaulatan.
Azalina: Dasar kekebalan Yang Berhormat adalah reciprocity. Kalau dia tarik kebal kita di negara asing, kita tarik kebal dia di sini. Itu saja yang kita minta, bukan nak cakap pasal kedaulatan. Yang Berhormat ini tak betullah.
Yang Berhormat baca sikit-sikit, baca dari mula. Ini masalahnya Yang Berhormat, Yang Berhormat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab. Ini bukan pindaan kepada Akta MKN.
Timbalan Speaker (Alice Lau Kiong Yeng): Ahli-ahli Yang Berhormat masa sudah tamat.
Azalina: Saya nak jawab satu sahaja sebelum duduk. Yang Berhormat pembangkang, memang kerja Yang Berhormat membangkang.
Datuk Radzi Jidin (Ahli Parlimen Putrajaya): Ini bukan soal pembangkang. Ini mengenai isu soal negara.
Timbalan Speaker: Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk semua.
Radzi Jidin: Menteri bagi taklimat dua jam sebelum.
Azalina: Saya berpuasa Yang Berhormat, Yang Berhormat pun berpuasa... sabarlah.
Kalau undang-undang ini tiada, kita takut apa yang berlaku terhadap Sulu dalam negara mungkin berulang kerana negara lain, bidang kuasa lain anggap kita tidak beri reciprocity terhadap kekebalan. Itu sahaja.