Dewan Negara lulus usul Junjung Kasih Diraja

Bernama
Mac 13, 2025 20:53 MYT
Usul itu diluluskan majoriti ahli Dewan Negara yang bersetuju berbanding tidak bersetuju setelah ia dibahaskan selama lima hari mulai 3 Mac lepas, disusuli dengan sesi penggulungan oleh 28 kementerian terlibat. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Usul itu diluluskan majoriti ahli Dewan Negara yang bersetuju berbanding tidak bersetuju setelah ia dibahaskan selama lima hari mulai 3 Mac lepas, disusuli dengan sesi penggulungan oleh 28 kementerian terlibat.
Antara isu yang dibangkitkan semasa sesi perbahasan adalah berkaitan perpaduan, sekolah vernakular, kecederdasan buatan (AI), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta beras campur.
Pada 3 Feb lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.
Mengikut takwim Dewan Negara, persidangan akan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024, dan kemudian disusuli sesi perbahasan.
Persidangan Dewan Negara bersambung Rabu (19 Mac).
-- BERNAMA
#Dewan Negara #Parlimen #TVET #Rang Undang-Undang
;