Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2018

Bernama
Disember 13, 2017 06:18 MYT
Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 (Bajet 2018) diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara pada 9.25 malam tadi. - Gambar hiasan
Persidangan Dewan Negara pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 yang memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion untuk perbelanjaan kerajaan bagi tahun berkenaan.
Ia diluluskan selepas dibentangkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk bacaan kali ketiga dan disokong Timbalan Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.
RUU berkenaan yang diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara pada 9.25 malam, dibahaskan lima hari bermula 4 Dis lepas, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari berakhir semalam.
Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.
-- BERNAMA
#Bajet 2018 #Dewan Negara #Halimah Mohamed Sadique #JOHARI ABDUL GHANI #Rang Undang-Undang #RUU Perbekalan 2018
;