Detik cemas warganegara Malaysia semasa gempa bumi di Nepal
Astro Awani
April 28, 2015 14:50 MYT
April 28, 2015 14:50 MYT
Sekumpulan warganegara Malaysia yang terselamat dari gempa bumi Nepal baru-baru ini, menceritakan saat mencemaskan yang mereka lalui, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Salah seorang daripadanya, Lim Sze berkata mereka sudah bersedia untuk ‘check out’ daripada hotel penginapan mereka di Nepal, namun, apabila mereka hendak keluar dari bilik, bangunan itu bergoyang.
“Kami nampak orang berlari keluar ke tempat terbuka. Tetapi apabila kami keluar dari hotel itu, kami diberitahu ianya tidak selamat untuk berada di luar dan kami disuruh lari ke jalan utama,” katanya.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.