Derma RM2.6 bilion dari negara 'bersaudara' yang mahu parti menang PRU - Nazri

Anthea Yap
Ogos 11, 2015 10:54 MYT
Nazri menolak dakwaan Malaysia mungkin berada di bawah pengaruh negara timur tengah selepas perdana menteri menerima derma tersebut. - Gambar Fail
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akuan peribadi Datuk Seri Najib Razak, datang daripada negara "bersaudara" di timur tengah yang mahu parti tertentu menang dalam pilihan raya umum yang lalu.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menolak dakwaan Malaysia mungkin berada di bawah pengaruh negara timur tengah selepas perdana menteri menerima derma tersebut.
"Bukan macam Amerika Syarikat yang boleh mempengaruhi kita. Tetapi ini hanya negara bersaudara yang mahu parti menang pilihan raya umum kerana kita mesra dengan mereka. Tidak ada salahnya," katanya pada Majlis Penisytiharan Warisan Kebangsaan 2015 di Muzium Negara di sini, hari ini.
BACA: Isu derma RM2.6 bilion: Shahrir jawab 15 soalan dikemuka anak MB Johor
BACA: Dana RM2.6 bilion ke akaun PM bukan jenayah - Khairy
BACA: RM2.6 bilion didakwa dalam akaun Najib dari dana penderma, bukan 1MDB - SPRM
Mengulas Malaysia akan dipengaruhi kuasa luar kerana menerima derma itu, Mohamed Nazri berkata ia diberikan kepada Malaysia oleh negara sahabat iaitu negara yang tidak sekuat mana berbanding Malaysia.
#2.6 bilion #Najib Razak #Nazri Aziz #Perdana Menteri