Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar

Sinar Harian
Disember 24, 2024 09:30 MYT
Keadaan gerai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Deretan gerai menjual pakaian terpakai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini musnah dalam kebakaran pada Selasa.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 pagi.
Seramai 40 anggota dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dengan bantuan BBP Sentul dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian.
Komander Operasi, Mohd Riduan Akhyar berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
"Anggaran kebakaran adalah sebanyak 80 peratus. Tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa. - Sinar Harian
#kebakaran #Plaza TAR #pakaian terpakai #Jalan Tuanku Abdul Rahman
;