Sebanyak 95 kes kematian akibat denggi direkodkan bagi Januari hingga 18 Mac lepas, berbanding 50 kes bagi tempoh sama pada 2014 iaitu peningkatan 90 peratus atau 45 kes, menurut Kementerian Kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 30,033 jumlah kumulatif atau terkumpul kes demam denggi direkodkan di seluruh negara bagi tempoh itu.
Jumlah itu meningkat sebanyak 42 peratus atau 8,922 kes berbanding 21,111 kes bagi tempoh sama tahun lalu, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
"Berikutan kes demam denggi dan kematian akibat denggi masih tinggi, kementerian menyeru orang ramai segera mendapatkan rawatan di klinik dan hospital jika mengalami gejala demam denggi seperti demam, sakit badan, sakit kepala, muntah, loya dan gusi berdarah," katanya.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata terdapat trend penurunan kes yang dilaporkan setiap minggu sejak empat minggu lalu.
"Daripada pemantauan, pada minggu ke-10 tahun 2015, iaitu dari 8 sehingga 14 Mac, sejumlah 2,275 kes demam denggi dilaporkan berbanding 2,643 kes pada minggu sebelumnya."
Katanya sejumlah 902 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga bulan ini dan daripada jumlah itu 259 lokaliti adalah lokaliti hotspot iaitu di Selangor (214), Perak (38), Sabah (enam), manakala Pulau Pinang (satu).
Dr Noor Hisham juga meminta pengamal perubatan di hospital atau klinik swasta menjalankan ujian darah sebagai pengesahan untuk kes yang disyaki denggi atau didiagnosis sebagai denggi.
"Terdapat dua syarikat menawarkan Combo Rapid Test Kit dengan harga rendah kepada pengamal perubatan swasta untuk ujian darah bagi NS1, IgM dan IgG," katanya.
Maklumat lanjut tentang produk itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang Persatuan Perubatan Malaysia iaitu www.mma.org.
Bernama
Sat Mar 21 2015
Sebanyak 95 kes kematian akibat denggi direkodkan bagi Januari hingga 18 Mac lepas, berbanding 50 kes bagi tempoh sama pada 2014.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Wabak demam misteri di Gujarat, India ragut 16 nyawa
Wabak itu dilaporkan di beberapa kampung di Daerah Kachchh, kira-kira 380 km ke barat Gandhinagar, ibu kota Gujarat.
Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat
Kementerian itu berkata ia sedang menyiasat satu kes disyaki di mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.
PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
Budak 12 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba
Airiel Syahren disahkan meninggal dunia akibat septic shock secondary to meningoencephalitis.
Itali muncul sebagai 'hotspot' demam West Nile
Institut Kesihatan Itali melaporkan pada Jumaat jumlah jangkitan virus itu telah meningkat lebih 50 peratus sepanjang minggu lalu.
Tip turunkan suhu badan anak demam guna satu bahan sahaja
Petua ini yang diamalkan ibu ini setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak-anak sudah besar.
Cacar monyet: Singapura sahkan kes keempat
Pesakit merupakan warga negara India berumur 30 tahun yang menetap di republik itu, dan baru kembali dari Jerman.
Kes berkemungkinan COVID-19 kembali meningkat di Korea Utara
Ini kali pertama jumlah itu melepasi paras 100,000 dalam tempoh tiga hari.
Guna bawang merah elak demam, selesema, batuk berjangkit satu rumah
Elak masalah kesihatan ini berjangkit dengan menggunakan bahan yang terdapat di dapur sahaja.
Kata azimat, 'anda akan sembuh' dari doktor, jururawat beri kekuatan bekas pesakit COVID-19
Keikhlasan doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang 16 hari menerima rawatan akibat COVID-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, dekat sini meninggalkan kesan mendalam buat Syahril Hirman Azmee.