KLANG: Seorang lelaki yang maut ditetak di hadapan dua anaknya selepas tiga beranak itu makan tengah hari di sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi, di sini dua minggu lalu dipercayai berpunca akibat dendam lama antara dua kumpulan kongsi gelap.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, perkara itu terdedah selepas polis menyoal siasat 16 suspek dipercayai ahli kongsi gelap, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Katanya, polis juga sedang menjalankan siasatan mengenai penglibatan lain-lain ahli kumpulan itu.
"Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan dendam lama antara dua kumpulan kongsi gelap yang dianggotai mangsa dan suspek," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Dengan penahanan 16 suspek termasuk suspek utama dalam beberapa siri tangkapan di Lembah Klang seperti Sri Petaling serta beberapa lokasi di Johor seperti Ledang dan Muar, Arjunaidi percaya kes itu berjaya diselesaikan.
Katanya, polis kini dalam peringkat melengkapkan siasatan dan akan merujuk Jabatan Peguam Negara untuk arahan pendakwaan.
Terdahulu, Arjunaidi memberitahu, salah seorang suspek memandu anggota polis ke sebuah kawasan lapang di Taman Sentosa, di sini untuk menunjukkan lokasi pakaian mereka dibakar.
"Suspek kemudian membawa polis ke Sungai Klang berhampiran Jambatan Kota untuk menunjukkan senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu. Mereka dipercayai membuang senjata dipercayai parang ke dalam sungai tersebut," ujarnya.
Menurutnya, Unit Tindakan Khas (UTK), Pasukan Selam, Pasukan Marin Klang dan Forensik Polis Diraja Malaysia terlibat dalam usaha mencari senjata yang dibuang suspek.
Beliau turut memaklumkan yang polis mengesan sebuah lokasi homestay di Bandar Botanic Klang yang disewa suspek sebelum dan selepas kejadian.
Dalam kejadian 6 November lalu, mangsa bersama dua anak lelakinya berusia 18 dan 10 tahun datang ke restoran tersebut pada pukul 11.50 pagi.
Sejurus selesai makan, tiga beranak itu berjalan kaki ke arah kereta Toyota Vellfire yang berada kira-kira 30 meter dari premis berkenaan.
Sewaktu mangsa mahu membuka pintu kereta itu, dia bagaimanapun didatangi tiga lelaki yang bersenjatakan parang dan terus menetaknya. Kedua-dua anak mangsa bagaimanapun selamat tanpa sebarang kecederaan.
Umavathi Ramayah
Fri Nov 19 2021
Arjunaidi Mohamed berkata, dengan penahanan 16 suspek termasuk suspek utama, kes pembunuhan itu selesai. - Gambar tular
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Mayat dalam peti sejuk: Punca kematian akibat kecederaan di dada - Polis
Mangsa dipercayai dibunuh suspek pada Mac 2021.
Penganggur didakwa bunuh emak saudara
Tertuduh, Lee Hao Yi, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Dua beradik warga India bebas pertuduhan bunuh suami isteri
Dua beradik warga India terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh sepasang suami isteri.
Dua warga Myanmar, seorang lelaki didakwa bunuh penganggur
Seorang pemandu traktor dan dua warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki minggu lepas.
Polis tahan lelaki warga asing disyaki bunuh rakan
Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki membunuh rakannya dalam kejadian di luar pagar stor PTB 2499, Jalan Kemajuan Perindustrian 4, Batu 24 di sini pada tengah malam tadi
Polis tahan suspek utama kes bunuh lelaki Pakistan di Pulau Pinang
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes bunuh melibatkan seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kedai di Pulau Tikus, di sini semalam.
Penganggur disyaki dalang pembunuhan pereka dalaman dituduh esok
Seorang penganggur dipercayai dalang utama akan didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu berhubung pembunuhan seorang pereka dalaman.
Reman tiga suspek bunuh bekas pelumba Cub Prix disambung enam hari lagi
Perintah lanjutan reman hingga 23 September itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tempoh reman asal tamat hari ini.