Demonstrasi #TangkapAzamBaki: Henti intimidasi, siasat terhadap peserta - Anwar

Astro Awani
Januari 24, 2022 15:05 MYT
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu dilihat sebagai tekanan kepada para peserta. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara digesa untuk menghentikan gangguan dan siasatan kepada penganjur demonstrasi #TangkapAzamBaki tempoh hari.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu dilihat sebagai tekanan kepada para peserta.
"Menyatakan bantahan dan menganjurkan demonstrasi secara aman adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Langkah ini ternyata suatu tekanan terhadap mereka dalam menyikapi gejala rasuah di negara ini," katanya.
Sebelum ini, beberapa individu yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan.
Bagaimanapun mereka dilepaskan selepas butir peribadi direkodkan oleh polis.
Beberapa individu seperti Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee dan aktivis sosial, Adam Adli Abdul Halim turut dipanggil memberi keterangan.
#Anwar Ibrahim #Azam Baki #SPRM #TangkapAzamBaki
;