Demonstrasi di KL Sogo berakhir dengan penahanan

Astro Awani
Ogos 1, 2015 17:40 MYT
Seorang peserta demonstrasi terjatuh ketika ditahan polis semasa berlangsungnya satu perhimpunan di hadapan pasaraya Sogo Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2015. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Meskipun mendapat bantahan dari pihak polis, gabungan kumpulan anak muda yang dikenali sebagai "Demi Malaysia" tetap mengadakan demonstrasi #TangkapNajib seperti yang dirancang di hadapan pusat membeli-belah KL Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.
Perhimpunan itu juga kurang mendapat sambutan apabila sebelum ini penganjur mensasarkan penyertaan dari lebih 500 individu sekitar ibu negara namun berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, hanya kira-kira 50 individu berada di situ pada jam 1.30 petang tadi.
Dalam satu tweet gabungan itu yang menggunakan akaun @Demi_Msia, mereka mendakwa seramai 26 aktivis telah ditahan polis sewaktu demonstrasi tadi.
Kenyataan gabungan ini bagaimanapun belum mendapat kesahihan daripada pihak polis. Ketika dihubungi Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata polis akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai demonstrasi ini dalam masa terdekat.
LIHAT: ALBUM FOTO DEMONSTRASI DI SOGO KUALA LUMPUR BERAKHIR DENGAN PENAHANAN
Semalam, polis telah menahan dua aktivis iaitu Adam Adli dan Syukri Rezab bagi membantu siasatan berhubung cadangan mengadakan protes hari ini.
Menurut peguam Michelle Yesudas, mereka ditahan di hadapan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur dan penahanan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan.
Sebelum ini wartawan Astro AWANI, Mariah Ahmad berada di lokasi untuk membuat laporan langsung di tempat kejadian:
3:32 petang

Polis tetap berada di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Esfahan walau keadaan tenang di sini. @501Awani pic.twitter.com/nDStJWOdKk

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jumlah trak polis juga meningkat kepada enam buah berbanding jam 1.15pm td yg hanya 3 buah. @501Awani pic.twitter.com/eMdIE9G4Vm

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3:10 petang

Dua bas PDRM tiba di hadapan Sogo pada jam 3.10 petang tadi. @501Awani pic.twitter.com/tJlSv0ReSI

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jalan Tunku Abdul Rahman kini dibuka semua untuk laluan orang ramai pada jam 3.07 petang. -@501Awani pic.twitter.com/eoAjfljz0K

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Polis arah orang ramai dan media beredar dari berada di hadapan kaki lima pintu depan Sogo ketika ini. - @501Awani pic.twitter.com/qYnATqv04n

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
3:00 petang

Orang ramai dinasihatkan menggunakan pintu belakang Sogo jika mahu ke pasaraya itu. -@501Awani

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pintu hadapan pasaraya Sogo juga ditutup. @501Awani

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebahagian Jalan Tunku Abdul Rahman ditutup. - @501Awani

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2:42 petang

"Saya ditahan tapi tak tahu sebab apa" - Fahmi Zainol. @501Awani pic.twitter.com/hgC24GulZW

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Keadaan terus bertambah huru-hara di Sogo. Lagi 5 individu ditahan. @501Awani pic.twitter.com/ruFCG9XqeM

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2.31 Petang

Jam 2.31 petang tadi. Seorang remaja perempuan dan seorang wanita ditahan. @501Awani pic.twitter.com/aCTZzmeXdB

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2:27 petang

Dua letupan berbunyi setakat jam 2.27pm. Dua lagi individu ditahan. @501Awani pic.twitter.com/ujhsN3Sa0d

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Kami tidak tahu atas kesalahan apa kami ditahan " - ADUN Teja Tan Kar Hing @501Awani pic.twitter.com/kEbR357sp3

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

2.20PM: ADUN Teja Chah Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing ditahan. - @501Awani pic.twitter.com/yjiKiBkS9q

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2:17 petang

"Polis suruh kami beredar namun kami tidak berkumpul pun lagi. Kami keliru. " - Pemimpin AMK - @501Awani pic.twitter.com/U1IyBKAgAn

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Polis meminta secara baik utk ADUN Teja Chah Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing untuk beredar. @501Awani pic.twitter.com/K6krrSx9lF

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2:10 Petang

Keadaan terkini di hadapan Sogo. @501Awani pic.twitter.com/O83hfVZp9G

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
1:23 Petang
Kelihatan tiga buah trak lori polis dan lebih 40 pegawai polis beserta polis trafik telah berada di sekitar perkarangan Sogo sejak jam 1.15 petang tadi untuk bersiap sedia satu perhimpunan pada jam 2 petang.
Biarpun, telah diberi amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu, gabungan kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai, 'Gabungan Kumpulan Anak Muda Demi Malaysia' hari ini dikatakan tetap akan meneruskan perhimpunan itu di sini.
Pihak penganjur sebelum mensasarkan lebih 500 akan menyertai himpunan ini.

Kelihatan beberapa anggota polis telah pun berada di sekitar Sogo. Satu perhimpunan bakal diadakan di sini. @501Awani pic.twitter.com/H6tkpg34oS

— Mariah Ahmad (@A_marea) August 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#1MDB #KL Sogo #Najib Razak #perhimpunan #siasatan
;