Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS

Astro Awani
November 6, 2024 12:15 MYT
Edgard D Kagan berkata, dunia harus melihat kepada Malaysia sekiranya mahu mendalami nilai sebenar sebuah demokrasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.

Ringkasan AI
  • Duta AS ke Malaysia, Edgard D Kagan, memuji demokrasi Malaysia yang menunjukkan perubahan kerajaan secara aman sebagai contoh kebijaksanaan demokrasi.
  • Beliau menyatakan bahawa perubahan kepimpinan yang diterima tanpa kekacauan membuktikan keberkesanan demokrasi yang sebenarnya.
  • Edgard turut berharap agar keputusan Pilihan Raya Presiden AS dapat diumumkan dengan segera tanpa kekacauan, terutama di negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti North Carolina dan Georgia.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan berkata, dunia harus melihat kepada Malaysia sekiranya mahu mendalami nilai sebenar sebuah demokrasi.
“Saya rasa sekarang banyak timbul persoalan mengenai demokrasi. Dengan bangga saya katakan, jika ada yang bertanya tentang demokrasi, lihatlah Malaysia.
“Malaysia membuktikan kejayaan luar biasa. Mereka sudah mengalami episod pertukaran kerajaan beberapa kali tapi semuanya dilakukan secara aman,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Tontonan Keputusan Pilihan Raya Presiden AS, di sini, pada Rabu.
Jelasnya, kuasa sebenar sesebuah demokrasi itu berkesan adalah apabila setiap perubahan kepimpinan diterima rakyat tanpa mencetuskan persengketaan.
Ulasan Edgard itu susulan isu yang hangat diperkatakan di Washington apabila beberapa pihak mengkritik sistem demokrasi perwakilan AS sebagai tidak sempurna dengan menafikan undi popular.
Beliau berharap keputusan Pilihan Raya Presiden kali ini dapat diumumkan segera dengan tiada kekacauan tercetus terutama di ‘swing states’ antaranya North Carolina dan Georgia yang menjadi tumpuan.
#Pilihan Raya Presiden AS #Malaysia #demokrasi #Duta AS
;