Demi Palestin, saya tidak akan patah semangat - Mohd Afandi

Astro Awani
Ogos 1, 2018 19:18 MYT
Mohd Afandi berlepas dari KLIA pada 15 Julai lalu untuk menyertai misi kapal flotila Al-Awda yang membawa 116 kotak ubat-ubatan ke Gaza.
Ditangkap, diculik, dirompak serta dikepung kapal tentera Israel tidak mematahkan semangat Profesor Madya Mohd Afandi Salleh untuk terus menyertai misi kemanusiaan seumpamanya.
Wakil tunggal negara yang menyertai misi solidariti Flotila Right To A Just Future For Palestine itu turut kagum dengan semangat perjuangan rakannya yang lain bagi merealisasikan misi tersebut.
Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) itu berkata perasaan takut tidak terlintas dihatinya.
“Orang bukan Islam, tetapi dia (rakannya) melihat Gaza sebagai satu isu kemanusiaan, kena renjatan eletrik dua batu nautika, lebih kurang dalam sejam cuba mempertahankan pintu masuk.
“Beberapa orang telah dikenakan renjatan pada dua batu nautika, saya respect dan kami berjaya sampai ke 40 batu nautika hampir kepada Gaza.
"Jadi, sembilan batu nautika adalah perjuangan untuk pergi sehampir mungkin kepada Gaza,” kata Mohd Afandi.
BACA: Ahli misi Al-Awda dipukul, direnjat dengan elektrik
BACA: Misi Al-Awda: Tahanan Malaysia tidak dipukul Israel
Tambahnya, hanya kesihatan ibunya yang dibimbangkan ketika ditahan di penjara Israel selama kira-kira 36 jam.
Jelasnya, 22 aktivis dari pelbagai negara itu hampir berjaya merobek sekatan tentera Israel untuk menyerahkan bantuan ubatan.
Mohd Afandi berlepas dari KLIA pada 15 Julai lalu untuk menyertai misi kapal flotila Al-Awda yang membawa 116 kotak ubat-ubatan ke Gaza.
BACA: Rakyat Malaysia bebas dari penjara Israel tiba di tanah air
BACA: MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda
Bagaimanapun kapal berkenaan ditawan tentera Israel pada 29 Julai, iaitu hari kesembilan pelayaran dan kesemua sukarelawan ditahan dalam penjara Givon di Israel.
#Gaza #Israel #kemanusiaan #mohd afandi salleh #Palestin #undang-undang #UniSZA #Universiti Sultan Zainal Abidin
;