Demi maruah negara, lantai bas pun sanggup ku baring

Afiq Ariffin
Disember 6, 2018 16:35 MYT
Gambar yang dimuat naik ke akaun rasmi penyokong bola sepak Selangor @ultraSel_SA. -foto TWITTER/@ultraSel_SA
DEMI maruah bola sepak negara, kumpulan penyokong setia skuad bola sepak kebangsaan, 'ekor' Harimau Malaya sanggup tidur di atas lantai sebuah bas.
Sekeping gambar tular di media sosial memaparkan beberapa penyokong bola sepak kebangsaan sedang tidur dan berselimut di atas lantai bas ketika menuju ke lokasi perlawanan di Negara Gajah Putih itu.
Gambar tersebut dimuat naik ke akaun rasmi penyokong bola sepak Selangor @ultraSel_SA dengan kapsyen “You’ll never understand until you’re one of us, Good Morning from Thailand."

Youll never understand until youre one of us, Good Morning from Thailand #EkorOnBus pic.twitter.com/13bgvp5W61

— uS Shah Alam (@ultraSel_SA) December 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perjalanan menaiki bas ke Rajamangala itu merupakan usaha penyokong fanatik pasukan bola sepak kebangsaan dan kesemua 18 buah bas telah dipenuhi oleh mereka.

SEMUA BAS KE BANGKOK DARI CENTRAL/KLANG VALLEY SUDAH PENUH! 18 BAS SOLD OUT. #EkorOnBus pic.twitter.com/pwnVgcJgdz

— Selangor Ultras (@ultraSel_) November 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

MATCHDAY ! ROAD TO RAJAMANGALA #EkorOnBus pic.twitter.com/E8HHMUGDH3

— uS Shah Alam (@ultraSel_SA) December 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelebihan jaringan gol di tempat lawan membolehkan Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki meskipun terikat 2-2 pada Rabu malam.
Malaysia bakal bertemu sama ada Vietnam ataupun Filipina di final nanti, namun ia bergantung kepada pasukan mana yang menang dalam aksi timbal balik perlawanan separuh akhir pada Khamis.
#bas #bola sepak #final #harimau Malaya #laman sosial #Malaysia #Malaysia vs Thailand #Piala Aff 2018 #Thailand #Twitter #Ultras Malaya
;