Demi keharmonian, Akta Hasutan 1948 perlu kekal - Aktivis

Astro Awani
Oktober 16, 2014 04:44 MYT
Khairul 'Buzze' Azam berpendapat Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan
Akta Hasutan 1948 perlu terus wujud di Malaysia agar keharmonian dapat dikekalkan di negara ini, menurut aktivis hak orang Melayu dan juga peguam Khairul ‘Buzze’ Azam Abdul Aziz.
Lebih dikenali sebagai 'Buzze' Azam, dia sememangnya terkenal dalam menyuarakan gesaan agar kerajaan menimbang semula hasrat untuk meminda Akta Hasutan.
Pada pandangannya, akta sedia ada tidak menjadi masalah tetapi kumpulan yang menggesa agar akta itu dihapuskan perlu membaca dan menelitinya terlebih dahulu.
Dia juga berpendapat, undang-undang itu tidak akan mencabul hak orang ramai tetapi sebaliknya.
“Orang ramai tidak dicabul oleh undang-undang tetapi undang-undang boleh dicabul oleh pihak-pihak yang berkuasa,” katanya.
Mengenai insiden di mana ahli akademik, peguam dan wartawan yang sedang disiasat di bawah Akta itu, dia berkata tiada sesiapapun harus bebas dari sebarang tindakan undang-undang biar apapun profesion mereka.
Ikuti wawancara Astro AWANI bersama Khairul Azam Abdul Aziz.
#akta hasutan #buzze azam #peguam