Demam K-Pop! NCT Dream sambut kedatangan Presiden Korea Selatan di One-Utama
Hasimi Muhamad
Mac 12, 2019 16:23 MYT
Mac 12, 2019 16:23 MYT
DEMAM K-Pop hari ini melanda Malaysia! Bagi peminat muzik ini, kedatangan kumpulan NCT Dream memberikan keterujaan kepada mereka.
Selain kumpulan NCT Dream, satu lagi yang perlu diberi tumpuan ialah ketibaan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang tiba hari ini untuk lawatan negara di Malaysia sehingga Khamis.
Media tempatan melaporkan, pesawat khas yang membawa Jae-in serta pasangannya Kim Jung-sook mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.40 tengah hari.
Lebih mengujakan adalah apabila NCT Dream juga berkesempatan bertemu pemimpin mereka di puat eli belah One-Utama, pada Selasa.
NCT Dream ialah sub-unit bagi kumpulan NCT yang berada di bawah naungan agensi SM Entertainment.
Daripada belasan anak muda yang mengganggotai kumpulan ini, hanya tujuh orang daripada berada di Malaysia.
Kumpulan ini masyhur dengan lagu-lagu seperti ‘Chewing Gum’, ‘My First and Last’ dan ‘We Go Up’.