Delegasi EU ke Malaysia lawat Astro AWANI

Astro Awani
Januari 20, 2022 19:27 MYT
Sesi libat urus selama hampir dua jam di ibu pejabat Astro AWANI berpangkalan di Bukit Jalil diketuai Duta dan Ketua Delegasinya, Michalis Rokas. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia hari ini mengadakan lawatan rasmi ke Astro AWANI.
Sesi libat urus selama hampir dua jam di ibu pejabat Astro AWANI berpangkalan di Bukit Jalil diketuai Duta dan Ketua Delegasinya, Michalis Rokas.
Hadir sama adalah Kaunselor (Ketua Seksyen Hal Ehwal Politik, Media dan Informasi), Timo Goosmann dan Pegawai Media dan Informasi, Norman Goh.
Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail serta kumpulan pengarang Astro AWANI.
Perbincangan itu menjurus kepada isu dan hal ehwal semasa melibatkan Malaysia dan EU serta perkara lain yang berkepentingan seperti hubungan dua hala, ekonomi dan pendidikan.
Delegasi bersama kumpulan pengarang Astro AWANI saling bertukar fikiran seiring usaha mewujudkan kerjasama strategik pada masa akan datang.
#Kesatuan Eropah #Astro Awani #melawat Astro AWANI #Ashwad Ismail
;