Deklarasi PPBM tidak mengikut perlembagaan
Astro Awani
September 21, 2016 19:47 MYT
September 21, 2016 19:47 MYT
Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dilakukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Titah baginda, ia kerana deklarasi yang dibuat PPBM tidak mengikut perlembagaan.
Dalam satu kenyataan, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan penasihat parti berkenaan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tegas baginda, sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim, iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir menghadap Tuanku Abdul Halim di Istana Anak Bukit, Alor Setar minggu lalu.