Deepavali: Tuan rumah boleh terima 20 tetamu sahaja

Umavathi Ramayah
November 5, 2020 18:30 MYT
Ismail Sabri berkata, hanya 20 tetamu yang dibenarkan berkunjung pada hari Deepavali dan bergantung pada keluasan kediaman. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tuan rumah hanya dibenarkan menerima 20 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat sahaja pada sambutan Deepavali kali ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kebenaran itu turut tertakluk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun katanya, sambutan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya dibenarkan membabitkan ahli keluarga dalam rumah yang sama sahaja.
"Bagi sambutan perayaan di rumah kediaman landed dibenarkan dalam kalangan keluarga terdekat sahaja dengan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.
"Sementara bagi rumah kediaman strata dengan keluasan kurang daripada 457.2 meter persegi... tidak melebihi 10 orang dan bagi keluasan kurang 762 meter persegi adalah tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Berikut adalah perincian lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) sambutan Deepavali di kawasan PKPP, PKPB dan PKPD.
SOP Deepavali di kawasan PKPP dan PKPB
  • Rumah kediaman strata dengan keluasan kurang daripada 457.2 meter persegi (1,500 kaki persegi) tidak melebihi 10 orang.
  • Rumah kediaman strata dengan keluasan kurang daripada 762 meter persegi (2,500 kaki persegi) tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa.
  • Ahli keluarga atau Individu digalakkan memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri. (cecair pembasmi kuman/sabun pencuci tangan)
  • SOP Deepavali di kawasan PKPD
  • Melaksanakan sanitasi secara berkala terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan.
  • Aktiviti ziarah di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.
  • #Deepavali #SOP #penjarakan fizikal #PKPD #PKPP #PKPB #KKM #SOP Deepavali
    ;