Deepavali: Sesi PdP dalam talian, hibrid untuk pelajar, pengajar Hindu - KPT

Bernama
Oktober 26, 2024 18:40 MYT
KPT memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid khusus kepada pelajar serta pengajar beragama hindu selama empat hari iaitu pada 28, 29 dan 30 Okt serta 1 Nov ini.
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini.
"Pelaksanaan ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pelajar dan pengajar beragama Hindu untuk meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga masing-masing.
"Di kesempatan ini, kementerian juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, pengajar, warga KPT dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Deepavali #KPT #cuti universiti #cuti sekolah #terkini
;