Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Salim Aziz
Oktober 17, 2019 17:43 MYT
Oktober 17, 2019 17:43 MYT
Ibarat “memangsakan” anggota debat…
Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.
Kata Mohd Asri, secara teknikalnya, debat merupakan latihan yang menjurus kepada kecerdasan minda bagi menguji pelbagai isu.
Begitu pun, perlu diberi perhatian kesesuaian usul sebelum ia didebatkan, tambahnya.
“Tajuk itu boleh memberikan, membawa kepada suatu makna yang salah dan memangsakan anggota debat itu... sebab dia dipilih, umpama saya diberí tajuk untuk pertahan (defend) lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) jadi saya terpaksa defend LGBT itu bukan semangat yang ada dalam diri saya," kata Dr Maza.
"Tapi oleh kerana saya nak menang, saya cari hujah dan itu akan jadi trend yang negatif dan pandangan yang negatif orang lain pada saya dan seolah olah saya yang meluahkan perkara yang menjadi perkara perkara yang menyanggahi norma masyarakat. Ini sangat tidak wajar," tambahnya.
Mohd Asri ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Simposium Psikologi dan Kaunseling Zon Utara, Jabatan Penjara Malaysia 2019 di Auditorium Pulapen, Pusat Koreksional Perlis, Arau.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, semua pihak khususnya penganjur, perlu meletakkan satu batas disiplin, meskipun masyarakat hari ini bersikap keterbukaan
#biseksual
#Dr Maza
#Dr Mohd Asri Zainul Abidin
#gay
#lesbian
#LGBT
#Piala Tun Razak 2019
#transgender