Debat Perdana: Najib syor Petronas ambil alih SEB

Hasimi Muhamad
Mei 12, 2022 22:40 MYT
Ahli Parlimen Pekan itu pada sesi debat malam ini turut mencadangkan agar SEB diberi pinjaman oleh bank dengan jaminan kerajaan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (SEB) tidak boleh dibiarkan muflis, tegas Datuk Seri Najib Razak.
Justeru, bekas Perdana Menteri itu mengesyorkan agar Petronas mengambil alih syarikat minyak dan gas (O&G) kedua terbesar dunia itu.
Selain itu, Ahli Parlimen Pekan itu pada sesi debat malam ini turut mencadangkan agar SEB diberi pinjaman oleh bank dengan jaminan kerajaan.
"Saya nak kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebut jangan hempap pada kerajaan tetapi cadangan saya bukan nak hempap pada kerajaan kerana tidak libatkan satu sen pun duit rakyat. Apa cadangan?
"Pertama, saya nak ajukan Petronas ambil alih Sapura. Petronas ada kepakaran tetapi PNB tiada. Petronas ambil alih, jamin supaya RM7 bilion kontrak Sapura itu dapat ditamatkan... dapat diselesaikan dengan baik.
"Begitu juga kalau guna pilihan ini saya yakin dan optimis, Petronas akan untung dan pelabur ASB akan untung... negara akan untung.
"Pilihan kedua, ini tak libatkan kerajaan, tetapi kalau Petronas tak ambil alih, kita perlu bank bagi pinajman, tetapi kerajaan jamin saja," katanya.
Petronas boleh ambil alih Sapura Energy - Najib
#Anwar Ibrahim #Najib Razak #debat Najib Anwar #Sapura Energy
;