KUALA LUMPUR: Audit forensik perlu dilakukan terhadap syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (SEB).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masalah yang dialami syarikat SEB adalah bersifat 'simptomatik' selepas ia mula dikesan pada 2016.
Jelas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson lagi, masalah yang berlaku dalam SEB tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan untuk menanganinya.
"Kalau nak campur, pertama buat audit forensik, minta pengurusan sekarang bagi tahu penyelesaian, perlu kerajaan campur tangan? Apa syarat? Bagaimana siasatan lengkap dan rapi untuk hukum yang salah guna kuasa.
"Kalau tak berulang MRT... DNB... mula RM10 bilion, ulang permasalahan sama sehingga tiada 'good governance', dan tekad politik untuk betulkan sistem yang wujud.
"(Datuk Seri) Najib (Razak) kata harga minyak... tak sebenarnya betul kerana semata-mata harga minyak.
"Kedua harus ada unjuran dan kalau ada kepakaran, pengurusan baik, atau tak salah guna kuasa ada keupayaan untuk menjangka, dapat leraikan permasalahan dan kemelut dihadapi. Tak boleh untung pendapatan RM100 juta setahun, bila ada masalah hempap pada kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Debat Perdana antara beliau dan Najib yang berlangsung di Auditorium MATIC malam ini.
Debat Perdana tersebut melibatkan tiga bahagian iaitu isu SEB; masa depan Malaysia merangkumi aspek politik, urus tadbir dan hala tuju negara; sebelum disusuli dengan sesi soal jawab.
Membahaskan lanjut, Presiden PKR itu berkata melalui audit forensik, tindakan boleh diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam permasalahan yang berlaku dalam SEB.
Tegas beliau, individu yang melakukan jenayah dengan menjahanamkan syarikat Bumiputera tidak boleh dilepaskan.
"Kalau main selamatkan, saya tak tahu Petronas guna apa kalau tak pakai satu sen? Ini kita kena jelas. Nak guna alasan syarikat Bumiputera, saya tak mahu ini dijadikan asas, Bumiputera atau bukan Bumiputera.
"Jadi pengajaran orang bertanggungjawab, umpama bank beli saham beli Genting di Hong Kong, bank jadi masalah, salah siapa? Pengurus bank itu, jangan mudah-mudah saja...
"Sekarang lepas tangan, seolah-olah tak ada salah (tetapi) harga minyak sahaja yang salah. Tak betul, kalau ada suntikan kita pun ada suntikan," ujarnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan kedua-dua pemimpin itu saling mencabar antara satu sama lain untuk merungkai mengenai isu SEB yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Hasimi Muhamad
Thu May 12 2022
Debat Perdana tersebut melibatkan tiga bahagian iaitu isu SEB; masa depan Malaysia merangkumi aspek politik, urus tadbir dan hala tuju negara serta ketiga adalah sesi soal jawab. Foto/ Shahir Omar / Astro AWANI
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Polis belum terima permohonan penganjuran debat Najib, Anwar
Debat yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) itu dijangka diadakan selama dua jam mulai jam 9 malam.