Debat Najib Razak - Anwar Ibrahim 12 Mei di Universiti Malaya

Fareez Azman
April 17, 2022 04:46 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12 Mei ini dalam program debat antara kedua tokoh politik negara itu.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12 Mei ini dalam program debat perdana antara kedua tokoh politik negara itu.
Pengumuman program debat perdana itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dalam sidang media di sini, sebentar tadi.
Menurut Fahmi, debat antara bekas Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu akan diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.
Debat perdana ini juga akan dapat disaksikan secara langsung sama ada menerusi saluran media diumumkan kemudian atau secara fizikal di Dewan Tuanku Canselor.
#debat Najib - Anwar #Najib Razak #Anwar Ibrahim #universiti malaya