DBP sambut baik penempatan sasterawan negara di universiti awam

Bernama
Februari 25, 2019 05:00 MYT
DBP menyambut baik langkah proaktif penyepaduan sastera dan sains dengan menempatkan golongan sasterawan negara di universiti awam.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyambut baik langkah proaktif penyepaduan sastera dan sains oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dengan menempatkan golongan sasterawan negara di universiti awam seluruh Malaysia.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya juga melihat perkara itu sebagai satu langkah terbaik untuk mengukuhkan gerakan merangka Dasar Sastera Kebangsaan supaya sastera tidak dipandang sepi dan dipinggirkan masyarakat.
"DBP menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan menempatkan sasterawan negara di universiti awam seluruh negara kerana cakupan penguasaan ilmu dan pengalaman meluas mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga menara gading," katanya.
-- BERNAMA
#DBP #Dewan Bahasa dan Pustaka #Dr Mohamed Hatta Shaharom #langkah proaktif #Maszlee Malik #Menteri Pendidikan #Sains #sastera #Sasterawan Negara #universiti awam
;