DBKL tutup tiga premis dikendali warga asing di Wangsa Maju
Fauzi Suhaimi
Jun 28, 2020 08:49 MYT
Jun 28, 2020 08:49 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup tiga premis perniagaan kerana dipercayai diurus dan dikendalikan warga asing di Jalan Madrasah, Wangsa Maju, dekat sini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata tiga premis tersebut terdiri daripada dua kedai runcit manakala satu lagi kedai gunting rambut.
"Kesemua premis terbabit dijalankan oleh warga Indonesia dan tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL.
"Operasi itu dilakukan ketika pasukan penguatkuasaan DBKL membuat rondaan dan pemantauan di sekitar jalan berkenaan," katanya, di sini, pada Ahad.
Nor Hisham berkata kesemua kes akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan.
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#Indonesia
#Jalan Madrasah
#kedai gunting rambut
#Kuala Lumpur
#Nor Hisham Ahmad Dahlan
#rondaan dan pemantauan
#warga asing
#warga Indonesia